20 tips memikat hati perempuan?
by Muhd Ali!
Okay okay tau la ini macam.... azaaa... emmm... terlalu mendalam? Ta- tapi eheeh... Just terjumpa kat forum tgh chat2... so terserempak dengan benda ni... Saje 'Share'... :D SAYA AKAN GUNAKAN TIPS NI.. buhuu
1.Menjadi pendengar setia si dia
2.Ingat perkara-perkara penting
tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman
kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain
lagi.
3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya,
anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila
terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan
mimpi anda bertemu dia.
4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.
5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.
6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.
7.Sentiasa
berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang
bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan
memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.
8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya.
9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.
10.Berikan
‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau
apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai
mengambil hatinya.
11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga
anda. Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti
akan semakin rapat dengan anda.
12.Buat sesuatu yang anda tidak
pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak
masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan
kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.
13.Sentiasa
jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang
yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup
anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!
14.Sentiasa
buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia
tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri
anda mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu
keluar hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar,
maka keluarlah.
15.Lakukan sesuatu yang tidak perlukan anda
mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat berkesan. Contohnya,
mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun berkelah pada
hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda mempunyai
lebih banyak masa untuk berbual.
16.Banyakkan bersabar dengan
kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah besar.
Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang
dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!
17.Sentiasa nampak
kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda
tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan
dia, berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar
dengan anda.
18.Buatkan aktiviti bersama. Ajak dia lakukan
sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya bersiar-siar, ajaklah dia untuk
keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak mengapa. Yang penting
anda telah mencuba.
19.Hantarkan mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu membuat dia tersenyum.
20.Masukkan
surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum
apabila mengetahui dia mempunyai secret admire.
see you next time... op... like this (Y)
