Archive for December 2012

Walking our own path

Yep! Walking our own path. Interesting isn't? quite sad too. Akhirnya kita kena berjalan sendiri. Setelah bertahun-tahun berkepit dengan parent akhirnya kita kena jalan sendiri. Agak sedih, tapi... Kenyataan. Tapi yang paling sedih ialah apabila kita kecewakan hati parent kita sendiri. Sebab tu bila nak berjalan sendiri pastikan ada destinasi ke mana nak berjalan tuh. Kebanyakan orang berjalan tak tentu arah.

Hmmm, semalam pergi Mydin kat Masjid Jamek... Seorang diri, tak berteman haha. Well rilek je kan? So tengah jalan-jalan tu sambil carik barang terpikir la about life as a bachelor. Nanti kena laa jalan sorang-sorang pergi mana-mana. Entah cemana, best pulak jalan sorang-sorang. Merantau, belajar nak bercakap, dan belajar mana nak carik cashier. Haaampeh semalam carik cashier kat mana! Dah la berpusu-pusu orang nak checkout. Menyakitkan hati jeh...

Hidup sorang-sorang ni pun lebih kepada survival. Maklumlah, takkan lah dah tua-tua pergi mintak parent duit. Oi, pergi carik sendiri lah. Nanti sambung study jauh-jauh haa, laaagilah kena jaga diri elok-elok. Lagi-lagi pi overseas... Carik makan kat mana deh? Ada halal ke? Macam-macam lagi persoalan.

Tulah, later we'll have to choose our own path. Hmm, so sad.

But anyway, thanks for reading!

Bekerja

Alhamdulillah sampai sudah masa untuk berkerja, dapat juga peluang untuk berkerja. Setelah... Bertembung dengan problem-problem yang sangat mengerikan haha. Apepun, alam pekerjaan? Hmm. Seperti mana yang saya jangka ia tak sama seperti apa di sekolah, takde guru disiplin, takde pengawas, takde dah benda-benda macam tu. Jadi bila start bekerja tu memang agak awkward sedikit sebab tak pernah berkerja sebelum ni. Biasalah, budak sekolah.

Sampai je tanggal 6 Disember 2012, tamat dah SPM... So seminggu lepas tu apa lagi, pi carik kerja. At first ada kawan suggest kerja kat Wendy's KLCC. Sangat excited dapat jugak kerja, then pergilah untuk interview. So cakap-cakaplah dengan manager kat sana, rupanya lah... Ramai budak-budak sama sekolah, form 3 lagi. Saya ni memang tak bersefahaman dengan budak-budak ni. So carik kerja lain, teringatlah restaurant kat Jusco @ Alpha Angle, Papa John's Pizza. Maklumlah pernah makan sana, so pergilah. Jumpalah 'akak' cashier yang rupanya budak form 4 (terkejut den). Tunggu-tunggu, sakit.

Demam panas, sampai tahape nak jadi dengan badan ni. Sakit sampai first time dalam 5 tahun pergi klinik. Memang saya ni time klinik, hmm... Hampeh. Tau-tau je dapat kerja, tapi interview kenalah tangguh. Last-last dapatlah kerja, as a service crew. Tukang ambil order dan sebagainya. Quite fun, pekerja semua muda-mudi dan friendly.

Tu lah, atleast dapat berkerja. Dapat 'sedikit' income muahaha. Bak kata pepatah 'Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit' jyeah!

Jadi bagi yang belum berkerja tuh berkerja lah. Dapat juga experience and some money.

Thanks for reading!

Days of SPM and aftermath

Engineering Drawing... Last paper. An epic subject.

Hi. "So how's exam?" Common question yang selalu ditanya oleh rakan-rakan yang tak ambik SPM atau ibu dan bapa. Mungkin soalan tu akan diajukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa English I don't care.

"O-- kay lah..." Jawapan yang sentiasa digunakan untuk menjawab persoalan tersebut, yang... ehehe, saya selalu guna. So yes! definitely okay. Takde apa-apa masalah yang kritikal seperti cubaan membunuh diri alhamdulillah tetapi SPM tahun ni memang kena admit ia sangat, sangat, the sangat susah untuk beberapa subjek. Yang spot kebanyakan tak kena pun. Sebaliknya keluar benda pelik-pelik kat paper, so saya ni pun terkebil-kebil tengok paper tu ber*ting-ting-ting* mencari idea nak jawab. Selamat boleh jawab.

Nak cerita ni sebenarnya about paper-paper yang kepelikan berbagai ni. Tetapi... Rasanya korang pun dah experience kan? Apepun, pada hari-hari SPM tak pernah keluar awal, dan tak pernah jejak kaki keluar dewan pun masa tengah exam. Mungkin pasal nervous sangat so priority untuk menjawab exam tu diutamakan segila-gila yang mungkin. Haha.

Itulah dia... Masa SPM, nak tulis pasal Sijil Pelajaran Malaysia ni pun malas gila. So biar ia jadi sejarah je lah, takyah nak fikir sangat benda tu. Dah lepas pun kan?

So apakah plan selepas ini? Simple. Cari kerja sementara, sambung belajar, then kerja atau terlibat dalam family business pun boley teehee.

Taknak cerita berjela-jela. Bukannya korang baca pun. Takat-takat ni je lah okay? Semoga berjaya dalam kehidupan dan selamat melangkah ke alam dewasa warga 1995's. All the best!

Kita jumpa lagi jyeah! kalau ada masa...

About Me

My photo
Hi! My name is Muhammad Ali from Malaysia. I live in Kuala Lumpur. Well, I'm creating a Blog just for fun. I'm just that particular boy who's just walking around the world in a pair of shoes. Many things in life requires experience. Therefore, hunt for experience as it helps a lot in life. Cheers!
Powered by Blogger.